Pages

Sunday, November 10, 2019

MISTERI BANGUNAN MATI

Perhimpunan Darjah 6 pada pagi itu. Dihadiri oleh Reena dan rakan-rakan sebayanya. Reena mengambil barisan paling hadapan untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada pengumuman yang akan disampaikan. Guru Besar menyatakan bahawa kelas tambahan malam akan diadakan bagi mengukuhkan tahap pembelajaran murid-murid darjah 6 yang akan mengambil satu peperiksaan penting iaitu UPSR. Reena mendengar pengumuman itu lalu membuat buka malasnya.

Reena merungut kepada kawan baiknya Sarah, “ah, malasnya nak pergi kelas tambahan malam, bukannya penting sangat pun”. Reena mengeluh dan berkata “sekolah kitakan berhantu, mesti ada yang kena rasuk nanti”.

Sekolah Reena merupakan sekolah paling lama dibina di negeri itu, banyak kejadian pelik telah berlaku di sekolah itu. Bangunan di belakang sekolah Reena ialah tempat paling KERAS. Terdapat sebuah bangunan lama di situ. Bangunan itu digelar BANGUNAN MATI kerana sebab-sebab tertentu. Hari pertama Reena, menduduki kelas tambahan malamnya, dia hanya mengetik telefon pintarnya yang berjenama OPPO. Dia tidak menghiraukan cikgu yang sedang mengajar di depan.

Reena pergi ke kelas tambahannya dengan menaiki basikal. Semasa mengayuh basikal hendak balik dari kelas tambahan, Reena ternampak satu entiti besar kira-kira tingginya 2 meter, badannya hitam, mata merah menyala dan berambut terurai di tepi tiang lampu lebih kurang 20 meter darinya. Tetapi dia tidak mengendahkan situasi itu dan terus memecut balik ke rumahnya.

Setelah berminggu-minggu menghadiri kelas tambahan malam, tiba-tiba minggu kelima telah dikhabarkan bahawa dua orang budak lelaki telah demam panas dan masuk wad akibat terserempak dengan hantu bermuka buruk dan matanya berlubang semasa melepak di belakang sekolah. Dua orang budak lelaki itu dijumpai di semak-samun di belakang sekolah dengan berkeadaan tidak sedarkan diri.

Reena yang mendengar cerita itu bercakap celupar, dia berkata “budak-budak lelaki itu lembik sangat, jumpa hantu pun takut”. Beberapa hari selepas kejadian itu, setiap malam di bangunan mati tersebut, terdapat bunyi jeritan, tangisan dan ketawa. Tetapi tiada sesiapapun di bangunan itu.

Reena bercadang untuk menyiasat kes bunyi-bunyian tersebut, dia telah mengajak tiga orang kawannya iaitu Aqeem, Hariz dan Sarah. Mereka merancang untuk pergi ke bangunan tersebut pada malam jumaat kerana tiada kelas tambahan malam itu. Mereka pergi ke bangunan itu dengan membawa lampu suluh, beg mini, nota, kamera dan walkie-talkie. Mereka ingin menyiasat kes ini sehingga pukul 5 pagi.

Dengan perasaan teruja, Reena bersama kawannya mengayuh basikal menuju ke Bangunan. Mereka tiba di luar pagar bangunan MATI itu pada pukul 12 malam dan terpaksa memanjat pagar tersebut untuk masuk ke tempat itu. Keadaan bangunan itu amat seram, bangunan itu telah lama dibiarkan. Pihak berkuasa telah banyak kali mencuba untuk meruntuhkan bangunan tersebut tetapi hasilnya gagal.

Terdapat ukiran didinding bertulis NO GOD. Terdapat juga ukiran bintang di lantai, di depannya adalah satu lukisan perempuan, mukanya mempunyai semburan darah asli. Badan lukisan perempuan tersebut hitam umpama hitamnya awan. Aqeem berkata “tempat ini adalah tempat orang memuja, kita mesti hati-hati dan jangan berpecah”.

Secara tidak langsung, Hariz menyepak muka lukisan tersebut dan meludah. Reena, Aqeem dan Sarah hanya melihat. Di bangunan tersebut mempunyai dewan kecil, mereka membuat dewan tersebut sebagai BASE untuk meletakkan barang mereka. Mereka meronda-ronda di koridor tingkat 1 dan 2. Selepas beberapa jam meronda mereka tidak menjumpai atau mendengar sebarang bunyi atau kelibat apa-apa di tempat itu. Reena berkata “tiada apa-apa pun di tempat ini, tempat ini Cuma buruk dan hampas”. Tiba-tiba, mereka terdengar suara tangisan disebuah kelas di belakang mereka. Dengan berhati-hati, mereka menuju ke kelas tersebut.

Mereka amat terkejut apabila melihat satu entiti yang berpakaian sekolah bermuka buruk dan kain yang dipakainya koyak-rabak. Entiti itu layak dipanggil makhluk halus kerana kelakuannya memang seperti Hantu. Hantu itu sedang mencangkung sambil makan uri-uri ibu mengandung dan usus-usus yang hanyir berbau darah. Reena menutup hidungnya dan berhajat untuk lari. Tiba-tiba, Hariz terpijak kaca lalu menghasilkan bunyi. Hantu itu menoleh ke arah mereka dan membuat muka buruknya.

Sekelip mata, mereka terus berlari menuju ke pagar sekolah dan mengayuh basikal ke rumah masing-masing. Mereka meninggalkan barang-barang mereka di BASE. Selepas tiba dirumah, Reena tidak berfikir panjang dan berhajat untuk tidur.

Selepas lampu biliknya ditutup, matanya tidak boleh tutup kerana asyik mengfikirkan tentang kejadian tersebut. Dia mencapai telefon pintarnya lalu menonton filem romantik untuk menenangkan fikiran. Selepas beberapa minit menonton, “tok,tok” pintu bilik Reena diketuk. Reena tersentak lalu membuka pintu biliknya tetapi tiada sesiapapun di situ. Bulu romanya meremang, dia terus menyelimutkan dirinya dan mencuba untuk melelapkan mata.

Secara tidak langsung, selimut Reena ditarik. Dia terjatuh dari katilnya lalu ternampak hantu tidak berkaki di penjuru bilik. Hantu itu cuba merangkak ke arahnya. Hantu itu mengeluarkan darah dari mulutnya. Reena tidak dapat bergerak dan menjerit, badannya kaku dan mulutnya seperti dikunci. Reena hanya mampu menutup mata lantas dia tertidur atas faktor terlalu takut dan penat.

Keesokan harinya, Reena tersedar daripada tidurnya dan mendapati daun tingkap biliknya luas ternganga. Dia membuka telefon pintarnya dan mendapati Aqeem, Hariz dan Sarah tidak dapat mengikutnya pada malam semalam. Dia hanya pergi berseorangan menyiasat bangunan tersebut.

TAMAT


Karya : MustaqeemOhsem

No comments:

Post a Comment

SAHABAT

Dodo duduk di halaman belakang rumah sedang asik main game di Hp-nya. Tony yang selesai mengerjakan tugas kuliahnya, ya keluar dari kamarnya...